|
|
 |
 |
Aug 8, 2011
Hari nih 8 ogos 2011 @ 8.82011heheh... nak tahu kenapa ameen sebut pasal tarikh nih ?? sebabnya pada 8.7.2011 merupakan tarikh ameen bertolak dari KLIA ke KCH (KIA) memang tak terasa sebenarnya,... heheh da sebulan pun ameen ada kat sini, diam tak diam je, pejam celik da sebulan da pun... hurm... dalam tempoh sebulan nih jugaklah banyak perkara da berlaku. ameen dok menumpang rumah kawan kat Taman Matang Jaya. selama sebulan jugak lah ameen dok tido kat atas sofa... barang2 tak keruan entah kemana... dan selama sebulan jugaklah ameen ranggepa, tak ada siapa yang boleh hilangkan keranggepaan ameen nih... eh melalut plak...
dan da genap sebulan la ameen menjadi tenaga pengajar dan juga menjadi kakitanngan kerajaan. memang best jadi lectirer nih, tambah pulak ameen mengajar apa yang ameen belajar sebelum nih. ameen mengajar subject banking in malaysia and investment management. seronok bila dapat share apa yang kita tahu pada anak2 muda. sebulan yang penuh bermakna, tak ada gaji, merempat kat tempat orang,... syedih sangat... tapi nak wat macam mana, ini lah lumrah kehidupan bila da dapat keje dengan gomen kan...
redha jer la. yang pasti masa hadapan yang mendatang pastinya akan memberikan seribu rahmat. InsyaALLAH... cuma sekarang nih ameen cuma rasa ameen da macam homesick la.... rindukan rumah a.k.a kampung halaman pulak... padahal ameen bukan lah tak pernah tak balik rumah / kampung lebih dari sebulan,... ini kan baru jer sebulan... hurm... tapi tak tahu lah memanng itulah perasaan nyer.... memang tak sabar nak balik kampung da nih ....
tiket da ada pun, cuma tinggal masa jer biler nak naik n nak terbang ke atas udara dan terus berada di pahang. hurm... harap2 bila lepas raya nanti semuanya akan kembali seperti sedia kala.... stock untuk ranggepa tuh pun da ada la jugak kan... tak ada la meroyan sangat nanti... heheheh
banyak perancangan yang akan di lakukan selepas raya nih, cuma tak tau samada perancangan yang di rancang akan menjai atau pun tidak. sebab kita hanya mampu untuk merancang dan DIA la yang menentukan.
ok lah sekian dulu...
-adios-
Posted at 09:02 pm by amienmamat
Permalink
Jul 25, 2011
Politeknik Kuching Sarawak
Keseksaan dok kat sini memang terasa la, ameen bagi tempoh dalam seminggu untuk selesaikan semua apa yang berlaku kat sini,. Harap2 dalam tempoh seminggu nih, semua hal pun dapat diselesaikan dengan baik dan dapat setel. insyaALLAH. Doakan yang terbaik buat diri ameen ek.
Hari nih dah masuk hari yang ke 4 ameen kat sini. Memang perasaan hepi tuh memang jelas terpancar di muka dan perasaan ameen sekarang nih, tapi dari satu segi ia tak lah segembira yang ameen rasakan. Manakan tidak, ameen mengharapkan dapat menyewa atapun ameen akan ada rumah/bilik sendiri kat sini, tapi apa yang ameen harapkan tuh tak menjadi kenyataan lagi setakat ini.
Ameen masih lagi menumpang di rumah orang kat sini. Namanya zakaria, orangnya baik dan taklah berkira sangat. Paling tidakpun ameen ada tempat berteduh. Ameen tetap bersyukur la dengan apa yang ameen dapat kat sini. Tak boleh nak komen atau condem lebih2 sangat. Yang penting ameen selamat kat sini dan ameen masih lagi dalam keadaan yang sihat wal-afiat diatas kehendak dan keizinanNYA.
Ameen redha dengan apa yang sedang berlaku sekarang dan ameen akan tetap dengan berusaha kearah kebaikan demi diri ameen sendiri. Seperkara lagi alhamdulillah ada perubahan yang positif sejak ameen dok kat sini. Manakan tidak dok serumah dengan dak2 maktab mahmood. Sumer2nyer alim, taat pada perintah agama, ameen pun terikut dengan cara hidup depa sekarang nih. Sembahyang tak tinggal woo,… kalau ameen dok tinggal sorang diri, habislah tunggang langgang hidup. Solat pun entah kemana, rasanya asyik dok pk nak wat seks jerk an ?? hahah alhamdulillah…. Harap2 perubahan nih akan berpanjangan. Moga2 diperkenankan tuhan.
Cerita pasal kat JP plak. Jabatan Perdagangan. Ameen di tempatkan di jabatan perdagangan since ameen nih dalam bidang pengkhususan kewangan dan perbankan. Dan memang sekarang nih pundorang tengah dok carik pensyarah dalam bidang yang ameen bawak nih. Memang suka sangat KJ ameen. Manakan tidak dapat lecturer banking,.. lelaki pulak tuh. Kalau nak tahu, kat JP nih, memang di kuasai oleh pensyarah perempuan. Bayangkan semua pensyarah ada dalam 49 orang, dan pensyarah lelaki tuh ada 8 orang jer. Siapa tak hepi kalau dapat apa yang di hajatkan kan ?? heheh ameen pun tak kisah. Hepi biler ada pihak hepi disebabkan kita. Dorang sambut baik kedatangan ameen, ameen pun sambut baik layanan dorang. Yang penting jangan dibuat musuh udah le yer.
Kelas masih belum bermula. Tapi ameen sangat2 berdebar dan excited nak berjumpa dengan pelajar ameen nih nanti. Macam mana lah rupa budak2 yang baru nak belajar nih kan ?? ameen pun tak sanggup nak bayangkan kelas pertama ameen nanti nih. Hurm… ameen Cuma boleh mendoakan yang terbaik demi diri ameen jer lah. Yang laen ameen tola tepi sajer lah kan… kan inilah ameen punya cita2 dan harapan ameen. Since ameen da dapat apa yang ameen hajatkan sejak dari dulu lagi, ameen patut bersyukur dgn apa yang ameen dapat sekarang nih. Dan yang penting ameen perlu berusaha untuk memantapkan prestasi diri ameen. Yeay!! Heheh sekarang ameen dah boleh nampak hala tuju kehidupan ameen nih. Ameen nak dapatkan status Dr. tuh. Tak kira walau selama mana, atau walau sebanyak mana yang perlu ameen belajar, ameen akan teruskan dan ameen akan banggakan arwah abah ameen dengan pencapaian yang akan ameen capai satu hari nanti.
Ameen rindukan kampong halaman. Ameen selalu ternampak wajah mak dalam kepala ameen nih. Kalau lah ameen dapat bawak mak tinggal jer kat sini,.. kan best. Hurm.. yang penting ameen akan terus berusaha menuju kearah kebaikan. insyaALLAH.
Posted at 06:01 pm by amienmamat
Permalink
Jun 25, 2011
da lama tak upload pic - gatal tangan
Good Bye Hong Leong Bank Bandar Bukit Tinggi Branch
Dengan berat hati ameen meninggalkan tempat kerja ameen setelah setahun tiga bulan ameen bekerja dan mencari rezeki di tanah Klang nih,. Tanggal 24 June 2011 tarikh rasmi ameen meletakkan jawatan sebagai staff di HLBB BBT. Terima kasih kawan2 dan juga BSM (K.Yati) atas tunjuk ajar dan segalanyalah selama ameen tinggal dan bekerja di HLBB BBT nih. Ameen pun tak sangka sebenarnya ameen akan tinggalkan HLBB secepat nih,. Walaupun sebenarnya ameen memang nak sangat tinggalkan kerja nih. Notis singkat yang ameen dapat dari KPT, ameen pun tak dapat nak buat apa2 lagi, Sebenarnya ameen quit dari HLBB sebab ameen dapat kerja sebagai Lecturer kat Politeknik Kuching, Sarawak. Memang impian ameen nak jadi pensyarah nih. Dah lama sangat da ameen nak jadik lecturer nih, alhamdulillah impian menjadi kenyataan. Berbalik cerita pasal berhenti kerja kat HLBB, ameen sayang sangat2 kawan sekerja yang telah ameen berkerja bersama selama setahun lebih kat sana. Banyak yang ameen belajar dari pengalaman berharga ameen nih. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua. Yang pasti ameen akan gunakan segala pengalaman yang ameen ada, dengan sebaiknya dalam pekerjaan baru ameen nanti. Pahit maung di HLBB hanya kami sahaja yang melaluinya yang tahu macam mana sengsaranya sepanjang tempoh itu. Dari branch yang tak hiruk pikuk dan tunggang langgang dengan jumlah customer yang ramai sesangat, sampailah branch da siap renovate dan customer pun da tak berapa nak ramai. Beban kerja pun da tak banyak macam dulu lagi. Semua tuh ameen lalui sampaikan tak sedar pun sebenarnya ameen da go through semua tuh. Bila fikri2 balik, terror gak ameen nih kan. Nasib baik tahap kesabaran ameen nih tinggi sket la sepanjang tempoh yang singkat nih. Kalau ameen tak sabar, rasanya da lama ameen quit dari kerja nih. Alhamdulillah ameen datang dan pergi dari HLBB nih dengan baik. Datang dengan baik, pergi pun dengan cara yang baik. Semua orang pun walaupun rasa macam tak seronok lagi kerja sebab ameen da tak ada, tapi tetap happy dengan kerjaya baru ameen nanti. Ameen pun tak dapat nak kata apa2 lagi dah. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar. Harap2 tak ada yang simpan dendam dan marah pada ameen selama ameen kerja kat HLBB. Kalau ada salah dan silap ameen hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan. insyaALLAH kalau ada kelapangan ameen akan jenguk kawan2 lama ameen kat HLBB nanti. Farah sedih sebab ameen da nak pergi, sedih sebab da tak ada kawan lagi nak ajak ngeteh memalam, tak ada kawan nak ajak lepak2,… sian jugak kat farah, tapi dia cakap since ameen dapat apa yang ameen dah impikan selama nih, just go for it,. Thanks farah ameen pun terharu sebenarnya dengan persahabatan yang telah terbina sejak dari ameen kerja kat MGCC lagik. Its ok farah, mungkin ini rezeki ameen, mungkin lain kali rezeki farah pulak, mana tahu kan,.. kita hanya merancang, dan tuhan yang menentukan. Sama2 lah kita berdoa, agar kita akan dapat yang terbaik dalam kehidupan kita nanti. Sedih tetap sedih, tapi hidup mesti diteruskan. Dan dalam post yang akan datang ameen akan ceritakan pulak macam mana kisahnya dengan tawaran baru yang ameen dapat nih. Lecturer kat politeknik KUCHING,… Sarawak,….. here I come,… wait for me…. Heheheh -ADIOS-
Posted at 07:51 am by amienmamat
Permalink
Jun 12, 2011
macam2 berlaku dalam waktu yang singkat lepas ameen balik dari johor,... kenapa ek ?? ameen terasa hati ker atau ada orang yang terasa hati dengan tindak tanduk mahupun kata2 yang keluar dari mulut ameen ?? hurm,,, kita manusia tak terlepas dari melakukan salah dan silap... dan salah dan silap tuh tak mungkin akan terlepas dari diri kita yang bernama manusia. tapi apa sebenarnya yang berlaku ??
adakah kerana ameen ada wat double date ?? salah ker ?? memang ameen nak sangat balik klang n nak tahu apa yang terjadi di office kat klang. tapi masalahnya macam kepulangan ameen kat BBT tak di undang, macam tak di alu2kan kepulangan ameen nih. ameen tanya tak ada yang jawab, ada keluar jawapan pun, sepatah dua yang tak menjawab langsung keseluruhan pertanyaan yang berlegar di kepala ameen. ada sindiket atau ada sesuatu yang telah berlaku kah ?? yang ameen tak tahu ?? tapi kenapa nak di selindung dari pengetahuan ameen ?? kan elok kalau ameen tahu apa yang terjadi tuh ?? supaya ameen jelas akan kedudukan ameen dalam situasi yang sedang berlaku... tapi sampai sekarang pun ameen masih tak dapat clue atau apa2 hint.
ataukah kata2 ameen yang kononnya nak spend time dengan dorang by makan2 kat klang tapi akhirnya ameen keluar dengan farah ? ameen ada nyatakan ameen da rindu sangat kat kawasan klang nih,.. kan ker ameen da 2 minggu kat Kulai sana n tak ada apa2 yang menarik sangat kat sana. Ameen cuma nak makan2 yang biasa2 jer, sebab ameen punya budget bukan la kukuh sangat wat masa nih, memang ameen admit la kalau itu yang membuatkan insan2 yang terasa. ameen ajak minum2 kat Pellita, tapi dia cakap not in my list, ada yang suarakan nak makan kat subway, katanya hari2 dia makan sandwich, so? macam mana ?? seba salah serba tak kene.
nak makan kat kenny rogers ?? ameen da ada pengalaman makan kat sana, portion tak lah banyak sangat, tapi harga macam makan 5 orang, macam mana ?? ameen nih mana lah mampu nak makan tempat2 macam tuh, ameen nih bukan lah kaya sangat pum... dengan pendapatan yang tak seberapa, tambah lagi ameen kene outstation, serious ameen cakap ameen punya budget lari sangat2 bulan nih, dengan kereta tak bayar lagi, dengan kereta nak kene renew roadtax bulan nih, memang ikat perut la ameen bulan nih,
kalau disebabkan ketidakmampuan ameen nih menjadi batu penghalang untuk berkawan dengan dorang, tak apalah barulah ameen tahu erti sahabat dan kawan yang sebenarnya, kata orang biar kita berbudi bahasa jangan kita memandang langit tanpa menyedari kita memijak bumi. pada ameen berkawan bukan kerana harta atau darjat, yang penting keikhlasan dalam bersahabat,,, sampai bila agaknya keadaan ni akan berlarutan ?? ameen sendiri pun tak tahu dan ameen tak dapat nak jangka sampai mana buruk dan akibatnya.
bagi yang mengenali ameen, teruk sangat ker perangai ameen nih ?? hina sangat ke ameen nih ?? ada ke ameen demand something yang bukan2 dalam masa kita bersahabat ?? ada ke ameen tak nak ikut kehendak atau pun ameen nih jenis yang selfish dan kalau boleh kene ikut kehendak dan apa yang ameen nak jer ?? atau ameen nih sebenarnya selalu bertolak ansur dalam perkara2 yang melibatkan pilihan ??
hurm,... entahlah... ameen sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan yang ameen ajukan.... semuanya di awang-awangan.... apa2 je lah...
=adios=
Posted at 08:09 am by amienmamat
Permalink
Jun 8, 2011
Hilang kawan
Seronok bila kita ada
ramai kawan, tapi tak berapa nak seronok bila kita di tinggalkan kawan tatkala
kita memerlukan mereka atau kita hilang / terputus hubungan bilamana rentak
persahabatan itu berada di kemuncak. Nak kata sedih, memang sedih tapi kita
pastinya akan memikirkan apa salah yang telah kita buat sehingga dia
meninggalkan kita sepi tanpa berita begitu sahaja….
Tak terlepas ameen pun
ada dan pernah mengalami situasi yang macam nih. Sedih, sebak dan tak keruan
kita memikirkan apa sebenarnya salah kita sampaikan dia senyap sunyi tanpa berita.
Ameen rasa ameen tak ada buat salah memangdangkan kami berkawan baik. Tak tahu
lah kalau ameen ada mengguris hati kawan ameen nih sampaikan dia terasa dan
ameen sendiri pun tak tahu yang ameen ada buat dia sakit hati.
Puas ameen cuba nak
contact balik si polan nih, dengan telefon, emel, tak dilupakan FB, sampai
sekarang pun dia masih belum nak bagi respon kat ameen. Hurm… kot ye pun tak
nak kawan kan,
cakap jer terus terang, ameen pun tak kesah sangat.
Buat kawan ameen tuh,
ameen sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya, baik dari kerjaya mahupun
kehidupan seharian. Kalau masih ingatkan ameen dan kawan2 lama yang si polan
nih tinggalkan, kami masih sedia menerima dan mulakan lembaran baru dalam warna
warni persahabatan kita.
-adios-
Posted at 04:47 am by amienmamat
Permalink
Jun 6, 2011
entah apa la nasib badan kan?? tak ada yang nakkan ameen,... ameen nih memang tak ada orang yang nak pun... tak ada apa yang ada pada diri ameen untuk orang suka pada ameen... memang menyedihkan... serba kekurangan, tapi ameen redha,.... hurm... sedih sesangat sekarang nih... di saat ameen perlukan teman dan sahabat dalam menyusuri hari2 dalam kehidupan ameen, tak ada yang nak datang dekat.... ataupun ameen nih terlalu memilih untuk mencari teman sehidup??
memang tak di nafikan setiap orang pun pasti akan ada ciri2 yang diletakkan untuk mendapatkan teman dalam hidup dan tidak terkecuali ameen sendiri. mungkin kriteria yabg ameen letakkan terlalu tinggi, ataupun ameen nih suka berangan... hahahah memang berangan pun... puih... mampoih la kalau nak dapat apa yang ameen idamkan tuh sumpah tak carik yang laen....
ta[i kata orang kita patut ukur baju di badan sendiri kan ?? dan ameen tahu dan sedar ameen nih di tahap yang mana.... harap2 ameen akan dapat teman sehidup dan semati ameen tak kira lah berapa lama lagi ameen perlu tunggu. kalaulah ditakdirkan ameen nih bujang dan tak berteman sampai bila2.... ameen redha dan pasrah.... alahai.... heheheh
siapa nakkan ameen,.. angkat tangan!!!! hehehe,.... tak ada pun kan yang nak angkat tangan >?? alamak.. malunyer.... nasib baik tak ada orang yang baca blog nih... kalau tak memang kemaluan yang teramat besar la ameen di sini.... heheheh,.... ameen sukakan dia, tapi dia macam tak sukakan ameen.... mungkin kan sebab ameen nih tak ada kerjaya yang mantap ataupun disebabkan fizikal ameen sendiri ?? hurm... terlalu subjektif kan ?? haiyo.... kalau macam nih fikir sampai pengsan pun tak dapat jawapan jugak kan ??
ada yang lebih baik, ameen fikirkan tentang masa depan ameen jer kan ?? sekarang adalah masa yang terbaik dan kata orang genting dan getir untuk ameen tentukan halatuju dan masa depan ameen sekarang nih... sekarang ameen dah tak nak pandang belakang, dan sepatutnya ameen terus maju dan maju dan maju,.... kejar balik apa yang ameen impikan dan apa yang ameen telah terle[as sepanjang dalam kehidupan ameen sekarang nih kan ?? wish me luck and wish me could reach it successfully....
-adios-
Posted at 07:08 am by amienmamat
Permalink
Jun 4, 2011
Relief at southern KUI-126
Posted at 06:10 am by amienmamat
Permalink
Diam tak diam dah dekat setahun amien kat hong leong bank berhad. Hurm… tak sangka lah pulak
boleh bertahan selama nih,… asyik dok pk nak carik kerja laen jer kononnyer nak
dapatkan kerjaya yang lebih dari segi ganjaran dan kerjaya yang lebih mencabar
di sini. Tapi walau macam mana sekali pun, ameen tetap bahagia dan bersyukur
dengan pencapain yang telah ameen rekodkan setakat ini. Heheh kalau dulu dengan
Maybank, sekarang dengan hong leong bank. Lepas nih dengan company mana lah
plak kan ??
Hasrat di hati nak masuk kerajaan atau pun bank kerjasama rakyat. Tapi
nak wat macam mana, wat masa nih masih belum dapat peluang nak dapatkan tempat
dalam kerajaan dan bank rakyat. Tak apa lah kan nak wat macammana, kata orang
lambat laun pasti ada peluang yang lebih baik dari yang kita impikan. Ameen pun
tak nak lah tamak sangat atau terburu-buru nak carik kerja yang laen, ameen
berpuashati dengan apa yang ameen ada dan capai sekarang ni.
Dengan kehadiran ameen ka Hong Leong Bank Berhad cawangan Bandar
Bukit Tinggi Klang ni, ameen da korek dan timba sebanyak mungkin pengalaman
yang ameen perlukan untuk bekalan masa akan datang. Diharapkan dengan
pengalaman dan pengetahuan yang ameen cedok dari HLBB nih, ameen dapat
mempertingkatkan keupayaan ameen untuk mendapat tempat di bank-bank lain pada
masa akan datang. Semoga apa yang ameen pelajari dari HLBB dan beberapa bank
sebelum nih akan jadikan ameen matang dan berguna untuk menghadapi dunia karier
pada masa akan datang. Sama2 lah kita nantikan apakah yang akan amien capai
pada masa akan datang nih… yang pasti ameen pasti akan coretkan sesuatu di sini
lagi.
Pada masa yang sama jugak ameen tidak menoleh lagi kebelakang dengan
memohon untuk menyambung pelajaran ameen di peringkat yang lebih tinggi,. Peringkat
sarjana. Cuma ameen tak tahu dan tak pasti samada kursus yang ameen pilih
adalah bersesuaian ataupun tidak. Kalau nak tahu ameen memohon kursus Executive
Masters in Administrative Science kat UiTM. Harap2 apa yang ameen pilih tidak salah
dan tidak lah ianya menyimpang jauh.
Dengan berbekalkan kata2 akhir ameen dengan arwah ayah ameen sebelum
dia meninggal dunia, ia menambahkan lagi semangat ameen untuk menyambung
pelajaran. Ameen berjanji atau berkata pada arwah ayah untuk menyambung
pelajaran sebelum ameen kahwin. Itu memang hasrat ameen untuk mendapatkan
pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tinggi. Memang nampak macam angan2
tahi ayam, tapi ameen sebolehnya akan berusaha kearah itu. Disebabkan itu,
ameen tak toleh kebelakang lagi dengan menerima pelawaan kawan ameen untuk
sambung belajar bersama. Doakan kejayaan ameen ek. Untung2 lepas nih boleh kita
share knowledge dan pengalaman dalam bidang kerjaya dan pelajaran.
Terlalu banyak yang ameen perlu lakukan sebelum ameen pergi setapak
lebih jauh mencapai cita2 dan hasrat hati ameen nih. Misalnya pengalaman kerja
yang mantap dan mapan serta pengetahuan yang mendalam dalam bidang kerja. Ameen
nekad dengan cita2 yang telah ameen sematkan dalam diri ameen sejak dari dulu
lagi. Buat masa nih ameen tak nak lah lagi bgtau apa yang sebenarnya ameen mahu
jadi pada masa akan datang. Biarlah masa yang akan menentukan. Sampai masa
nanti pasti akan ameen umumkan apa yang ameen idam2kan sangat tuh…. Kata orang
hendak seribu daya kan…
Ameen mahu buktikan yang ameen juga boleh berjaya dengan keupayaan
dan usaha ameen sendiri. Tapi dalam dunia sekarnag nih kita susah nak maju
kehadapan jika tak ada connection atau kenal dengan orang yang berpengaruh. Tapi
ameen tetap akan cuba dengan apa yang ameen ada masa sekarang. Biarlah asset yang
ameen ada akan menjadikan ameen insan yang sebenar dalam dunia kerjaya yang
akan ameen pilih pada masa akan datang.
-adios-
Posted at 05:46 am by amienmamat
Permalink
Feb 11, 2011
tahun baru ... banyak perkara yang berlaku... ada kawan ameen yang tak dapat bonus pun... n ameen pun ada lah dapat bonus,... tapi tak banyak.... Company kedekut... ntah ada punya justification pun tak tahu lah... macam2 yang tak puas ati dalam diri nih ... tapi nak wat macam mana kan... ini lah company ameen... rasa macam nak quit n carik keje laen jer kan senang.... hurm.... tapi ada ke keje skang nih ? perlahan2 kita carik keje baru ek kawan2... lama2 nanti ada lah tuh peluang yang akan datang kan ? yang penting sekarang jangan nak membabi buta benti keje tak tentu hala.... dapatkan keje yang bagus dulu then baru boleh nak quit... heheheh tahun ni ada macam2 yang berlaku... bulan feb baru2 nih masa raya cina ameen kene ikut kumpulan menyelamat ke SEGAMAT branch kat johor sana... branch dorang kene banjir... banyak barang2 yang tak dapat nak diselamatkan ... maklumlah air naik sampai paras dada..... banyak barang2 yang tak dapat nak pakai lagi dah sebab da berendam dalam air lama sangat.... sian dorang kan...  
Posted at 07:56 pm by amienmamat
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|